Tuesday, October 9, 2012

Felix Baumgartner




Monday, October 8, 2012

Word of The Day



Imagination is more important than knowledge. 
Albert Einstein 

Can you imagine what I would do if I could do all I can? 
Sun Tzu 

All successful people men and women are big dreamers. They imagine what their future could be, ideal in every respect, and then they work every day toward their distant vision, that goal or purpose. 
Brian Tracy

 The man who has no imagination has no wings. 
Muhammad Ali

I always imagined I could be what I wanted to be. 
Chris Brown
 

berkongsi article


       MENANAM SEMANGAT CINTAKAN NEGARA DIKALANGAN GENERASI MUDA

Negara dan rakyat saling melengkapi. Negara sukar maju tanpa sokongan padu rakyatnya. Oleh itu, perasaan cinta terhadap Negara perlu dipupuk selalu, terutama dalam kalangan generasi muda.
Salah satu cara untuk memupuk perasaan cinta terhadap Negara ialah mengemaskinikan sukatan mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran ini perlu diselitkan dengan kisah perjuangan rakyat negara ini. Jasa tokoh pejuang seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan Dato’ Maharaja Lela perlu dikongsi dengan pelajar supaya mereka memahami keperitan yang terpaksa dilalui untuk memperjuangkan kemerdekaan negara. Kesannya, golongan muda-mudi akan insaf dan lebih memahami erti kemerdekaan yang sebenar
Langkah kedua ialah mengadaken publisiti dan kempen kesedaran yang berterusan. Upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku perlu diperluas, terutama semasa upacara rasmi. Pihak media haruslah memperbanyakkan selingan lagu patriotik menerusi saluran radio dan televisyen. Tokoh sejarah dan karyawan harus berusaha menghasilkan lebih banyak novel atau filem yang menyentuh perjuangan kemerdekaan. Filem seperti Bukit Kepong, Jungle Green Khaki Brown dan Leftenan Adnan mampu membangkitkan perassan kasih dan cinta terhadap negara dalin kalangan remaja.
Seterusnya, pihak kerajaan perlu memperhebat acara sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun. Program atau acara perlu diatur dengan teliti agar dapat menarik penglibatan lebih ramai remaja dalam sambutan hari bersejarah ini. Kembara Merdeka wajar diadakan di setiap negeri mengikut urutan tarikh yang telah disusun sepanjang tahun. Acara yang memaparkan pahit getir kehidupan pada zaman sebelum kemerdekaan perlu diketengahkan untuk tatapan masyarakat.
Selain itu, semua institusi pendidikan formal harus menekankan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Penyertaan pelajar dalam Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan PALAPES, misalnya dapat mengajar mereka berdisiplin, tahan lasak dan bersemangat waja. Menerusi program sebegini, warga terdidik yang prihatin dan cinta terhadap negara dapat dilahirkan.
Kesimpulannya, perasaan cinta terhadap negara harus dipupuk dan disemai dalam sanubari golongan muda dari semasa ke semasa. Tanpa usaha ini, semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat akan pudar.